Wednesday, December 01, 2010

Kuih Kaswi Bijan

Salam pagi rabu.....
Semalam buat kuih kaswi ni utk mkn petang....dlu rajin jugak buat kuih ni tapi sukatannye sentiasa x menjadi...lembik aje....tu pasai semlm sebelum nk buat dok singgah jap kat umah Kak Yatie lg....eee adalah x sgka...alhamdullilah..terlaksana gak impianku semalam utk buat kuih kaswi ni..
Tapi di sebabkan ada lebihan bijan masa buat Tauhu bakar dlu..so aku pn derhaka sikitlah kat kuih kaswi ni..alahai derhaka kretiviti je..x per kann...?? hehehe!!!
Sapa2 nk cuba rasa kuih kaswi derhaka ni..meh lah cuba.....KUIH KASWI BIJAN..

Kak Yatie sebelum tu kita C/P yee utk rujukan akn dtg.....!!!

Bahan-bahan :

* 1 cawan gula
* 1 cawan gula merah
* 5 cawan air
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 1 sudu besar coklat paste (utk kuih nmpk gelap)
* Daun pandan
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Bijan - ku add sendiri
* Kelapa parut + garam


Cara-cara :
  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.
  3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur.Masukkan coklat paste.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan taburkan bijan serta kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair.
  11. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  12. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  13. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama

2 comments:

Yatie said...

Salam Ina,
Sedapkan kuih kaswi ni....lawa juga letak bijan ni...

Ina said...

Wsalam K.Yatie.. Tgn ni mengatai nk letak bijan..tp OK lah masa mkn tu terasa kekacang bijan ni..kira satu kelainan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...