Thursday, December 30, 2010

Kue Teow Sup ala CMG


Salam hari khamis....cuaca di sini mendung aje....mesti ptg ni hujan  nnt......!!
Menu hari ni Kue Teow Sup ...semlm en hbby ade request nk mkn ala2 sup....al maklumlah musim2
hujan sekarang ni sejuk di sini....tu nak pekena ala2 sup....
Resepi ni asal dari En Sifu CMG tu....
Ok lah maleh nk citer2 byk meh kita tgk cmna nak buat ....!!
Mintak izin C/P CMG yee....!!

Resepi asal : KueTeow Sup Ayam ( Mat Gebu )

BAHAN-BAHAN SUP AYAM :-)
800 g ayam, potong sederhana besar
4 biji kentang - guna 1 bj carrot
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam "Maggi"
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, dikerat 4
2 camca besar bawang goreng
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
1 1/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
3 hirisan nipis kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sayur salad
Taugeh, dibuang ekor
Sambal kicap
Tauhu, digoreng dan hiris (optional) - guna tauhu kembung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan lengkuas titik hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, masukkan kuib ayam, daun sup dan bawang goreng. Kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan biar merenih sehingga kentang empuk n letak carrot
  3. Tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh rejis sedikit serbuk perasa . Rasa dan jika ok, boleh hidangkan bersama kue teow dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng,sayur salad, tauhu kembung dan juga cili kicap...hidangkan selagi hangat....enjoyy!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...