Friday, March 18, 2011

1st time Pizza homemade

Salam ptg jumaat....
Hari ni pertama kali nya mmbuat pizza dgn jaya nye...hehehe!!
tp kena ada improvemet lg laaa..comot sggt rasanye....tp x per lah ibarat ank2 baru blajar kan..?? lagipn nk
perabihkan kuah spagethi semalam.....spegethi mix x elok mmbazir...

Utk doh pizza ni aku dok skodeng2 kat umah Latifah Sulaiman-Pizza Mudah
So mintak izin C/P yee...utk rujukan akn dtg...

Bahan-bahan untuk doh:
Step 1:
 BAHAN A

1 cwn air suam
2 sudu besar gula
1 sudu susu pekat manis (ni optional)
1 sudu kecil yis ( kering @ basah )

## kesemua bahan A disatu dan digaul bersama. Biarkan selama lebih kuran 7-10 minit (sehingga bancuhan tadi berbuih--mcm kite tengok susu basi )

Step 2:
 BAHAN B
      2 cawan tepung gandum
sedikit garam

## campurkan bahan B dan digaul rata.

Step 3:
 BAHAN A + BAHAN B = BAHAN C (untuk jadikan DOH)
CAMPURKAN Bahan A (yang sudah berbuih tu) dengan Bahan B—gaul biar rata. KALAU Nampak adunan macam keras, tambah sedikit air. Kemudian biarkan sehingga adunan itu naik tinggi. Tutup dengan kain. Part ni-- boleh tunggu lebih kurang 1 ½ jam... Tapi lagi lama kita biarkan adunan tadi, lagi bagus.

Step 4:
Setelah adunan itu naik tinggi—Uli @canai doh tadi. Lebih lama/berulang kali kita uli@canai, roti pizza kita akan jadi lebih lembut.. dan akan maintan lembut walaupun dah sejuk.
Doh ini dibahagikan kepada 2 bahagian—utk buat 2 pizza lah ni. Macam saya; bila dah bahagi 2 pun, saya still uli@canai setiap doh tu,sebelum dicanai dan dileperkan menjadi base pizza.
Doh yg siap dileperkan—letak dalam tray.

Nota:supaya doh tak melekat pda tangan--sblm menguli doh tu, sapu siket minyak masak pada tangan.
Jangan lupa, sapu majerin dlm tray@loyang sebelum letak doh tu..

Step 5:
Untuk isi@lauk untuk atas pizza - yg ni aku guna kuah spegethi  ,tabur hirisan nenas
dan letak sekeping cheese chedale je...

Step 6:
# Pizza yg siap ditouchup—bolehlah dibakar dalam oven selama lebih kurang 20 minit.---api atas dan bawah.
Nota: Darjah/suhu kepanasan bergantung pada jenis oven masing2. Kalau oven elektrik yg bersaiz kecil; 210’c. kalau oven besar lebih kurang 110’c. Kalau guna oven tradisional jenama butterfly-- yang letak atas dapur,kene set api yang kecil..n bakar selama lebih kurang 35minit.

Jom layan pic pizza ku yg baru kuar oven...seronok sggt tgk hasil nye yg OK laaa...hihihi!!!!
Next time bleh buat lg dgn citarasa yg berlainan  plak....selamat menjamu selera...!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...