Wednesday, March 16, 2011

Bingka Jagung

Salam sejahtera semua....
Kuih ni semalam pya menu....pagi ni baru sempat nk N3...
Sambil2 makan kuih ni semalam dok melayan berita kat Astro Awani Chl 501 ...ttg malapetaka Tsunami
yg melanda Jepun jumaat lepas...masih mengemparkan lg kepada pelusok dunia dgn satu persatu agenda mencemaskan....
Tp kita sebagai umat di muka bumi Allah yg Maha Esa ni haruslah berubah dan berhijrah ke arah yg lebih baik sbb ini adalah satu petanda yg harus kita insafi...

OK lah nk becerita mmg x abis ....ingat2 sikit itu semua ada sebabnyee.....

Jom kita belajar buat Bingka Jagung ni....ikutkan dan bberapa versi bingka tuan umah buat ...tapi kali ni meh layan versi jagung pulak...!

 Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula

1 tin jagung manis
1 cawan santan
3 biji telur
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...




Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak
Nak rasa ambik lah sepotong...sila2..hehehe!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...