Friday, January 14, 2011

Kuih Buah Melaka Pandan dan Pulut Hitam


Kuih Buah Melaka Pandan

Salam Sejahtera....
Lama dah rasanye x makan kuih buah Melaka ni....rasa rindu lak.....
Klu beli ni ,dlm sepeket tu adalah 6 bj ...tu pn kecik2..x puas rasanye....
Ni klu buat sendiri..seketul besar2 bleh buat...puas hati sggt bila mkn....
En hbby n Amirah mmg suka sggt kuih ni...mmg peberet diaorg....tp buat ckit aje..cukup ke....??
Tadi maknye pn dh melantak dkt 5 ketul...cukup ke nk smpai ke petang ni...
klu x cukup jap lg kena buat lg nmpk nye lah.....!!

Nk buat simple aje ..Resepi asal  dari Dapur Kak Asma  ,
Mintak izin CP kak Asma yee...:

Bahan2:
  • 500gm tepung pulut
  • secubit garam
  • air untuk menguli tepung
  • pewarna atau daun pandan dikisar dan ditapis airnya
  • gula melaka dihiris halus sebagai inti
  • kelapa parut untuk membalut kuih
Cara2nya:
  1. Masukkan tepung,garam dan air daun pandan kedalam mangkuk besar.
  2. Uli hingga tidak lekat dijari.kalau air kurang tambahkan sedikit air.
  3. Bulatkan adunan tadi dan tekan sedikit untuk mengisi gula melaka.balutkan kembali dan buat seperti bola.
  4. Panaskan air dalam periuk,bila telah mendidih masukkan adunan kedalam periuk.Tunggu hingga bebola timbul dipermukaan air.bolehlah ditapis dan toskan.Buat sehingga habis.
  5. kemudian salutkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
  6. siap untuk dimakan.


Yg ni jgn terperanjat plk....ni edisi pulut hitam..nk perabihkan stock tepung pulut hitam yg ada..

Kuih Buah Melaka Pulut Hitam


Bahan2:
  • 100gm tepung pulut hitam 
  • 400gm tepung pulut
  • secubit garam
  • 4 sb santan pekat
  • air untuk menguli tepung
  • gula melaka dihiris halus sebagai inti
  • kelapa parut untuk membalut kuih
Cara2nya:
  1. Masukkan tepung,garam , santan dan air kedalam mangkuk besar.
  2. Uli hingga tidak lekat dijari.kalau air kurang tambahkan sedikit air.
  3. Bulatkan adunan tadi dan tekan sedikit untuk mengisi gula melaka.balutkan kembali dan buat seperti bola.
  4. Panaskan air dalam periuk,bila telah mendidih masukkan adunan kedalam periuk.Tunggu hingga bebola timbul dipermukaan air.bolehlah ditapis dan toskan.Buat sehingga habis.
  5. kemudian salutkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
  6. siap untuk dimakan.
  7. Utk hidangan petang ni...slmt mencuba..!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...