Friday, June 03, 2011

Kuih Buah Melaka Keledek

 Salam...
Hari ni kali ke 2 nye ,tuan umah buat lg kuih buah melaka dari keledek rebus...dlu dh buat dh tp comei2 ,
kali ni biar puas betul menikmati sebijik kuih buah melaka ni...sebijik ni dh mcm penumbuk amir laaa..hehehe!!

Resepi asal dari : K.Yati Sinar Kehidupan

Bahan :
  • 2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
  • 2 cawan tpg pulut
  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
  • 1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
  • pewarna kuning - x guna pn sbb keledek ku dh nmpk oren sggt..
  • 1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2
Cara-cara
  1. Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
  3. Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
  4. Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...