Tuesday, June 07, 2011

Talam Pisang

Salam..
Semalam jiran kat umah ni ada bagi seikat pisang dr kpgnya....
Dari hasil skodeng2 td ..akhirnye ternmpk kat Dapur Madihah dia buat Kuih Lapis Pisang..
Memandangkan tuan umh ni mls nk melapis 1 per 1..jadi kan kuih talam pn OK jgk laaa...
Bahan A:-
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung
  • 1 sudu teh garam

Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air  
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • Gula merah
Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
6. Kemudian lapiskan pula gula merah (C) dan kukus juga selama 10 minit. .
7. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...