Thursday, June 23, 2011

Serimuka Jagung

Salam...
Menu serimuka jagung ni adalah menu mkn ptg semlm...
Creamcorn yg masih berbaki masa buat apam blk kelmarin...diabiskan lah buat serimuka...sedap jgk

Resepi asal : Arah

Bahagian bawah
  • 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
  • 1 1/2 cwn santan
  • sedikit garam dan gula
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus ( tuan umah masak je dlm rice cooker ).Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas
  • 1/3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung custard
  • sedikit garam dan vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sb jagung cream
Kacau bahan di ats sebentar di atas api sehingga pekat sedikit , kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.
Serimuka jagung yg sedap..!!


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...