Tuesday, June 21, 2011

Sup Tulang Pedas

 Salam..
Hari rasa teringgin sggt nk makan sup tulang..mengidam lahh tuu...hihihi!!
Tapi bkn ada apa2 erkkk....!!

Bahan :
  • Tulang + daging
  • 1 keping asam keping
  • 1 jug air
  • 1 pck sup bunjut
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 4 bj cengkih
  • 3 buah pelaga
  • 1 kiub daging
  • 3 bj bwg merah kecil - di hiris
  • 2 uls bwg putih - di hiris
  • 2 inc halia- di hiris
  • 4 bj cili api - di belah
  • 2 bj kentang - belah 6
  • 1 bj tomato - di belah 4
  • 2 btg daun sup - di hiris (btg + akar jgn buang PETUA)
  • Garam n gula
Caranye :
  1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk ..jgn lupa masukkan sekali asam keping
  2. Kemudian panaskan kuali tumis..kayu manis,bga lwg,cengkih,pelaga,bwg merah,putih,halia,cili api dan btg sup yg berakar..sehingga bwg nmpk sedikit garing.
  3. Masukkan tumisan kedlm periuk sup tulang...kacau.
  4. Masukkan kiub daging,lada hitam dan kentang...masak sehingga kentang empuk..
  5. Last letak tomato, garam serta gula ( jika perlu..)
  6. Tutup api..taburkan hirisan daun sup...Siap!
Hidangan simple dan sedap..!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...