Konnichiwa..
Hmmm..hr ni teringgin plak nk mencuba makanan Jepun ni iaitu Onigiri ,klu dlm bahasa kita Nasi kepal....
Klu kwn2 perasan..ingat lg x cite jepun Oshin dlu...Onigiri lah yg selalu dia mkn...kira onigiri ni di mknan oleh org2 susah lah pd zmn jepun dlu2 ...sbb dgn seketul onigiri ni kita bleh kenyang dgn lebih lama...klu nk ikutkan mmg betul pn...klu nk berdiet bleh lah buat cmni...!!
Onigiri ni merupakan makanan jepun yang diperbuat daripada nasi selain sushi. Di Jepun, onigiri juga dikenali sebagai omusubi, nigirimeshi dan nigiri sushi. Onigiri bermaksud "memegang sesuatu benda dengan tangan". Dalam bahasa Malaysia, onigiri lebih kepada "nasi kepal".
Terdapat pelbagai cara untuk membuat onigiri pada hari ini memandangkan citarasa rakyat jepun yang berbeza-beza. Perbezaan ini terdapat dalam inti onigiri, dan cara membuatnya masih menggunakan prinsip yang sama.
Bahan asas yang diperlukan untuk membuat onigiri ialah nasi yang ditanak menggunakan beras jepun jenis pendek. Beras jenis ini digunakan kerana setelah ditanak, nasi akan menjadi lembut, lembap, sedikit melekit dan berasa manis berbanding nasi biasa.
Sumber maklumat ni aku dpt dr : Maizatul Nabila
Hari ni aku buat Onigiri ni mengunakan beras siam wangi...dan intinye pulak ,ikut tekak kita org melayu ..aku guna sambal hitam Pahang...
Caranye senang aje...:
- Nasi yg siap di tanak biar sejuk seketika
- Renjis kan sedikit aje cuka dan air garam( jgn byk2 tw ) serta di gaul
- Kepalkan nasi berbentuk bebola...dan letak kan inti sambal hitam pahang..bentukan bebola kembali
- Kemudian letak/lilitkan Nori ( Rumpai laut )pd bebola nasi td -(NORI/Rumpai Laut - yg ni kat JJ byk di jual cari bahagian japenese food.).
Surprise buat en Neko ku..hehehe!!
3 comments:
wahhh sedapnya japanese food ..:)
Simple aje ni Nieza...inti tu ikut tekak kita org melayu je...mmg bertambah2 sedap nye..!!
sy copy ye.. hihi
Post a Comment