Thursday, April 28, 2011

Kuih Lopes


 Salam...
Ptg ni memulut lah pulak....
Semlm ternmpk kat umah K.Jee ada manisan Pulut Mangga yg teramatlah sweet gitu...
kebetulan plk K.Jee kata dia masak pulut guna rice cooker je....aduhai teramat mudah lah keja aku nk melopis ni..x yah lh nk kuarkan kukus dr almari...rice cooker dh tersedia menanti....

Sumber resepi dr : My Resepi
Bahan :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan pulut dan masukkan dalam periuk rice cooker. . Lepas tu, masukkan santan & air pandan , on kan rice cooker tunggu smpai msk dlm 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa  pulut dlm rice cooker,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Nak sepotong..?? sudi2kan lahhhh..hahaha!!

1 comment:

Fauziah Samad said...

tak pernah cuba cara ini. mesti nak buat. thnx for the recipe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...