Thursday, April 21, 2011

Kuih Getas Bijan

                                        

Salam...
Hari ni tertiba terasa nk mencuba buat Kuih Getas a.k.a kuih pulut kertas.....
mesti ramai yg kurang mengenali kuih ni kan...???.Mungkin  juga  sbb jarang  di jual  berbanding kaipap,donut, kuih talam dll...tp kuih getas ni mmg ssh jgk nk cari, tp klu tempat kkwn x tw lah....??
Nak buatnye x ssh sggt ...cmni caranyee:


Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu teh garam
  • air suam secukupnya utk menguli
  • minyak masak yang banyak utk menggoreng
  • gula serbuk
  • Bijan ( optional )

Cara membuatnya :



  • Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam. Gaul rata.


  • Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut ( see pic )



  • Ambil sedikit doh dan bentukkan bujur dan leperkan




  • Goreng dengan minyak yang banyak dengan api yang perlahan




  • Apabila warna kuning-kekuningan, angkat dan gaulkan dengan gula serbuk


  • Boleh juga disiram dengan air gula semasa panas dan taburkan bijan....satu kelainan..Enak kan..??
  • No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...