Saturday, May 14, 2011

Taufoo Jepun Kukus Kuah Paprik





Salam..
Kelmarin klu masih ingat tuan umah ada N3 jgk Taufoo Jepun Kukus
Kali ni nk cuba lak  sira dgn kuah paprik....klu nk rasa sila lah ... jamu mata je lah yeee....hehehe!!

 Bahan Kuah :
  •  Sotong/udang- potong kecil
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)
Caranye : 
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan sotong/udang dan kacau hingga masak.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang. 
  7. Blehlah di sira ats Taufoo jepun yg siap di kukus.....
Sesekali cuba sesuatu yg baru OK jgk kannnn??!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...