Wednesday, May 25, 2011

Nasi Hujan Panas

 Salam...
Hari ni tuan umah masak Nasi Hujan Panas....hmmmmm napa lak nasi yg berkaler2 ni di beri nama
Nasi Hujan Panas....????
Cer cer cita sikit.....?????
Resepi asal dr : My Resepi

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmati  - beras biasa pn bleh aje
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan Tumisan
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan Hiasan
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka  
    Sedap di hidangkan bersama ayam masak merah dan jelatah...nyum3x!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...