Tuesday, May 03, 2011

Talam Sagu

Salam...
Sejak 2 menjak ni ramai plk yg demam mmbuat talam sagu, terintai2 kat dapur Izah,Mas dan K.Yatie..mmg mengancam2 semuanye dan  komen2nye katanye sedapppp aje....
Tu yg teruja nk mencuba....tp mmg rasanye sedap sggt  lg2 klu sejuk dr frezer...sedap aje menelan nyee..
 Bahan :
  • 2 cawan santan cair / air
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati., masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru cedokkan ke dalam bekas yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm bekas. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
Sorry shapenye x menawan..tp masa mkn cukup menawan hati...hihihii!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...