Thursday, February 24, 2011

Kegunaan Daun Bunga Raya

Sumber pic dr :zainudins.blogspot.com
  Slmt malam sekelian...
Kali ni 1 lg petua yg harus di kongsi kpd semua...
 Bunga raya atau nama saintific nya Hibiscus rosa sinensis adalah sejenis tumbuhan yg mudah hidup di iklim khatulistiwa spt negara kita ini....
Dari sumber org2 tua yg biasa aku amalkan ialah...daun bunga raya boleh meredakan panas badan/demam
pd kanak2.....jika ank2 kita tiba2 demam di waktu mlm...kan ssh nk ke klinik...so sementara nk sampai siang tu jgn panik..jika kat laman umah ada tanam pokok bunga raya bolehlah di petik daun nya ..dan masukkan kedlm bekas serta  letak sedikit air kemudian ramas2 daun tersebut sehingga mengeluarkan lendir....

Sumber pic dr : asopisi.blogspot.com

Daun bunga raya di letak sedikit aje air..kemudia ramas sehingga keluar lendir..

Sumber pic dr : rossysweety.blogspot.com

Kemudian usap2 lendir tersebut ke atas kepala @ umbun2  ank2 yg demam....insyakallah kepanasan akan reda dgn cepat...

Ada jgk sumber mengatakan lendir daun bunga raya bleh merawat batuk yg berkahak dan melebatkan  serta menghitamkan lg rambut ....betul ke..???
Klu nk tw ini sumbernya ..sila baca di bwh  :-
Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...