Menu Pulut Serunding Kelapa ni adalah menu smlm...
Saja je nk menghabiskan stock beras pulut yg masih ada baki masa buat kuih lopes kelmarin...
Resepi Asal : Hanieliza's Cooking
Bahan2
cawan beras pulut [basuh dan toskan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
garam
2 helai daun pandan
Caranya :
Tanak je kesemua bahan dlm rice cooker...kemudian masukkan kedlm bekas/loyang dan tekap2 biar mampat..
Tapi klu nk bentukan bulat pn boleh jgk..!!
Bahan :
1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang segar kecil
Jus asam jawa
Garam n gula
Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
1 s/k jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 s/b udang kering
3 cm kunyit hidup
Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan- bahan yang dimesin hingga wangi.
2. Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
3. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata
4. Masukkan dalam pinggan dan sejukkan.
No comments:
Post a Comment