Hari ni tetiba nk cuba buat spaggethi meatball yg ada + udang...
Nak tw camna resepi nyee yok kita tgk bahan2 nyee...
Cara nk buat spaggethi meatball ni ,follow sini yeee : Potret Kasih
Sy mintak izin cp resepi nyee tuan resepi Pn Wana Yusuf
Bahan :
1 paket pasta @ spegeti ( saya guna jenis fetuchini )
minyak zaitun secukupnya
Keju parmesan ( saya guna yang serbuk )
Cara penyediaan
1. Didikan air dalam periuk. Masukan pasta dalam air yang telah mendidih…
2. Bila telah masak angkat dan toskan… gaulkan pasta dengan minyak zaitun.
3. Hidangkan dalam pinggan.
4. Buatlah sos Pasta dan bebola daging.
Resepi Sos Pasta
( sumber : Dapur 1001resepi )
Bahan-bahan
1 botol besar instant sauce (sebarang jenama- saya guna jenama Prego )
2 tin besar chopped tomato
3 sudu besar cili kisar
Udang
1 tin sederhana nenas dalam sirap
daun basil kering
parsely kering
garam dan gula secukupnya
kiub perisa
bawang putih, dicincang
bawang besar, dicincang
minyak zaitun
Cara Membuat
1) Panaskan minyak zaitun kedalam kuali yang sesuai. Tumis bawang putih dan kemudian masukkan Udang 2) Masak sebentar (10 minit). Masukkan pasta sauce, tomato, cili kisar, carrot yang telah dipotong nipis, nenas dengan sirap sekali dan rebus sehingga sauce pekat.
3) Masukkan lain-lain bahan. Sedia untuk dihidang.
Resepi Bebola daging
Bahan
250 g daging kisar
100 g besar tepung ( sebarang tepung pun boleh )
1 biji telur
1 biji bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
sedikit garam
sedikit lada sulah
Cara penyediaan
1. Satukan semuakan bahan diatas dan gaul rata.
2. Bulat-bulatkan bahan tadi untuk membentuk bebola daging.
3. Bolehlah di bakar, gorenng atau celur, terpulanglah pada anda.
4. Saya buat terus je masukkan dalam kuah pasta yang telah mendidih. Tutup api setelah bebola masak
Nyammm2x...boleh tahan cedappp nyee....!!
No comments:
Post a Comment