Tuesday, April 26, 2011

Kuih Tepung Pelita


 Salam..
Rasanye hari ni teringgin plk nk mkn kuih tepung pelita....kuih ni klu bln pose mmg jd rebutan ramai...klu lmbat je pegi bazaar ramadhan mmg putih mata laaa...
So,kali ni nk cuba buat gak lah...nnt bln pose dh bleh di prektikan..maaflah jika ada salah silap nye...sbb sya bdk baru nak belajar..

Sumber dari  blog  : Jom Masak Masak

 Bahan2 :

** Lapisan hijau ( bwh )
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
  • 5 cawan air
  • 5 helai daun pandan - di kisar dan perah pati nye ( aku guna sedikit perisa pandan + pewarna hijau ).
  • Secubit kapur
Caranye :
  1.  Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata.
  2. Klu nk cepat kukus nnt , masak di dapur ( api kecil )seketika sehingga pekat...tp kena kacau selalu..
  3. Kemudian masukan ke dlm bekas...ketepikan..  
----------------------------------------------------------------
 ** Lapisan Putih ( atas )

Bahan :
  • 4 cawan santan / 1 kotak pati kelapa
  • 6 sudu besar tepung beras
  • sedikit garam
Caranye :

  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  2. Panaskan kukus..masukan bekas berisi lapisan hijau di dlm kukus..
  3. Tuang bancuhan putih ke ats lapisan hijau...kukus selama 20 minit
  4. Siap..angkat tunggu smpai sejuk...kemudian simpan dln petiais....baru sedapp mkn masa sejuk2..!!
Sorry lah nmpk sgt lapisan putih nye lebih , percubaan 1st time kata kan..nx time kena ada improvement lg..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...