Thursday, October 06, 2011

Donut Ball

 Salam...
Menu donut ni mmg jd peberet my boy Amir....
Kali ni mama buat biar bentuk ball lg sng nak mkn.....
Resepi donut ball ni terhasil dari skodeng2 kat dapur Dayang Jack

Jom kita tgk resepi..tapi sebelum tu kena mintak izin kak DJ nk C/P yee...!!

Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Caranya :

  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.

  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 2 jam sehingga kembang atau ikut suka.

  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.

  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan...

  • Ni lah hasilnye..gebuss kan..??

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...