Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran Aidilfitri

Salam semua...
Wah2x..hari ni semuanya dh mood raya ya...dlm FB hr ni  pn semua dh malas nk keja..semuanya dh semangat nk raya...yehaaaa raya..dam dam dup bunyi mercun...lalalalala!!!

Ok lah di kesempatan ini...saya selaku tuan umah sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri buat semua yg mengenali sama ada jauh @ dekat..Ampun dan maaf jika ada salah dan silap @ jika ada yg menguris hati..Maaf Zahir dan batin...!!
Yang tgh sibuk2 nk packing2 baju raya tu ..jgn lupa plk kuih dan duit raya buat yg tersayang di kampung sana...
Dan berhati2 di jalan raya sepanjang perjalanan nnt...Harap kalian bergembira di samping keluarga tersyg semperna Aidilfitri  ini...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
                      MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, August 08, 2012

Happycall Pan - Double Side Pan

Salam kembali....
Lagi beberapa hari kita dh nk masuk Syawal yee...yeeeaahhhhh Raya..!!

Ok lah hari ni tuan umah nk berkongsi 1 product jualan yg baru dgn harga yg betul2 menarik dan pasti mampu milik pyaa....!!

Tentu korang teringgin nk pakai kuali yg di katakan Ajaib ni...klu nk tw ianya mmg ajaib...
Dgn 1 kuali boleh masak mcm2..klu nk tw tuan umh pn dh byk kali test , try lg...yg best nya boleh buat kek lagi....x caya meh tgk..

Nak mengoreng pn bagus...x perlu nk guna minyak yg byk...So bg yg berdiet tu mmg sesuai sgt lah guna kuali ni masa nk masak...sbb dh boleh reduce kalori taww...!!
Dan lihatlah menu2 yg siap di test try oleh tuan umh...



Tgk video ni...Happycall Pan ni mmg multipurpose  laa....!!

Yg best lg klu guna Happycall Pan ni..mmg happy sgt2 lah..sebab dapur kita x kotor...mmg terbaek laa..reduce keja umh akk...hehehe!!

Bagi yg berminat memiliki Happycall Double Side Pan Made in Korea ni...boleh hubungi/sms saya
012-3411 548
Harga hya RM125 sahaja..Free Post

Sapa yg berminat nk order sila call/sms saya...sy akn bagi detail tempahan...Penghantaran by Pos Laju..!!!



Friday, July 20, 2012

IBU Collagen Asli


Salam Ramadhan...
Kejap je masa berlalu dh berpuasa kita semua yee.....
Tahun ni..alhamdulliah murah rezeki tuan umh...
Rasanye meriah plk tahun ni...mane x nyaa mcm2 bisness yg tuan umh nk cuba buat...
Sejak bermenjak ni dh pandai berbisnes...ade je ruangan rezeki utk kami sekeluarga w/p x sehebat mane pn..tp ttp bersyukur dgn apa yg di kurniakan..Amin!!!

Kali ni tuan umah nk berkongsi satu  jualan yg betul2  100% asli..yg patut di kongsi bersama...
Mungkin ramai yg dh tahu @ x tahu apa itu "Marine Collagen.".??

Mesti ramai  orang yang ambil collagen untuk kecantikan kulit..kat sini tuan umah nak kenalkan sejenis collagen yang 100% pure punya ...collagen mentah yang x ada campuran bahan2 sampingan yang berbahaya atau diragui..fresh from the sea..senang aja cara menggunakannya..hanya perlu rendam,rebus,tapis dan siap di gunakan ..boleh minum dan di buat masker @ conditioner rambut...nk gunakannya pun rasa confident sebab benda ni bebas chemical a gift from mother earth la katakan...hahahaha!!

 IBU Collagen yg kering ( bagi menjaga kualiti utk tahan lebih  lama )

IBU Collagen  yg sudah di basuh berkali2..dn di rendam 1 mlm..
KAEDAH PENYEDIAAN 




Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Kacau2 sesekali spy tidak berketul..dlm 15minit kelihatan cair spt agar2..angkat dan tapiskan ke dlm bekas utk di simpan dlm peti sejuk...Balance serdak rebusan jgn di buang ,simpan dlm bekas yg lain..simpan dlm peti sejuk jgk utk di buat masker @ conditioner rambut..
6. Stok boleh bertahan dlm 2~3  minggu..
Cara pengambilan utk minum


Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil 3~4 sudu jelly collagen bersama segelas air kosong @ berperisa  spt oren,sirap  @ madu dll . Sebelum minum  baca Bismillah & Selawat...

Cara Membuat Masker :

1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
 2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci..


                                                                PERHATIAN :

* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..

Kebaikan Kolagen Asli

  • Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
  • Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
  • Memejalkan payudara
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  • Mnecantikan kulit muka serta melicin dan menegangkan kulit .
  • Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  • Memperbaiki masalah kulit dan rambut
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Meningkatkan fungsi stomatch
  • Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  • Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  • Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  • SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  • Mencegah ANEMIA
  • Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya


*--*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yg amat positif, dalam masa 2 minggu anda sudah dpt melihat hasilnya...
Ianya menjadikan kulit keseluruhan badan licin,halus,lembut dan cerah.
Pori2 kulit wajah akan mengecil dan tampak segar dan bermaya...kalau masih tercari2 kolagen yg sebenar cubalah IBU Collagen yg asli ini...anda pasti teruja...
Boleh di gunakan tanpa ada rasa ragu2 kerana ianya selamat


Dah ramai yang mencuba dan terbukti berkesan..x perlu bayar mahal2 untuk dapatkan collagen..hanya dengan modal yang rendah RM30 kita dah mampu untuk kelihatan lebih cantik dan menarik serta mempunyai kulit yang glowing..dah banyak kajian tentang marine collagen ni..siap dah masuk rancangan nona pada 20 May 2012 lagi..



Bagi yg berminat membeli IBU Collagen ini..sila dapatkan dari saya
Harga RM30/100Gram ( 1 pack )
Post by POS LAJU + RM6

Jika ada yg mahu membeli lebih dari 1 pack ..harga murah akn di tawarkan...??

Berminat sila hubungi/SMS saya 012-3411 548
Atau inbox FB saya..

Segala penghantaran akn diuruskan secepat mungkin..!!!

Sunday, July 15, 2012

Blueberry Cheese Cake Non Bake

Salam bertemu kembali...
Setelah sekian lama tuan umh x masak2 ...hari ni dgn rajin nyee meng Up Load menu dessert semlm...
Yam..yammmmm..mmg best w/p x sehebat mana pn  Cheese Cake non bake daku ini....tp alhamdulilah sedap jgk..not bad laa...!!!!
Tuan umah ni baru 1st time mmbuatnya,ini di sebabkan tekak ni dh lama teringgin  nk menikmati  rasa cheese cake ala2 Secret Recipe ...so ini lah hasilnyee....walalala..!! 

Resepi asal dari : My Precious Life

Bahan Dasar:
1 1/2 cawan biskut digestive/oreo - hancurkan )
1 1/2 cawan biskut cream cracker - hancurkan )
2/3 cawan gula kastor
2/3 cawan butter - cairkan

Caranya :
Gaul sebati serbuk biskut dgn gula kustor dan butter cair...Ratakan dan tekan2 dlm springfoam..biarkan padat..kemudian sejukkan dlm fridge...Siap bah lapisan bwh..

Bahan Filling:
250 gm cream cheese
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar serbuk gelatin + air
1/2 cawan air panas
500 ml whipping cream
2/3 cawan gula
topping - filling strawberry/blueberry

Caranya :
Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
Campurkan serbuk gelatin bersama air panas kacau hingga benar2 larut. Ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati. Kemudian masukkan larutan gelatin. Pukul lagi. Masukkan whipping cream tadi, kacau hingga sebati dan rata. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Sapukan filling bila menghidang dan makanlah ketika sejuk.

Alhamdulilah..dpt gak menikmati sebelum nk pose ni...tertunai hajat ku...!!

Tuesday, July 03, 2012

Madu Asli Tualang

 Salam Kembali...
Rasanye lama sudah tuan umah x on9 kat blog ni....
Sorrylah sejak ber bisness2 ni tersibuk lah pulakkk....!!

Kali ni ade lg 1 product yg tuan umah nk syer pd semua...
Iaitu Madu Asli Tualang...

Madu ni pd asalnye hya utk mkn kami sekeluarga aje...tp lama kelamaan dgn keberkesana madu asli yg kami amalkan sekeluarga mendtgkan impak yg baik plk...akhirnyaa dgn usaha ini ,sy mahu berkongsi dgn rakan2 yg berminat @ pengamal mkn madu ttg kelebihan pemakanan madu asli ini...

Madu ini juga dapat bertindak seperti vaksinasi (vaccination) kepada badan manusia..ianya amat elok jika di amalkan sebagai mknan tambahan ( supliment ) antibodi dlm bdn kita , ianya amat baik bagi yg dewasa @ kanak2..maknanye semua peringkat boleh amalkan mkn madu cuma sukatan sudu ( plastik ) perlu mengikut usia...

Daripada Surah an-Nahl, Ayat 68-69, maksudnya Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir ."

Madu Tualang ialah madu hutan yang diambil daripada pokok Tualang,sejenis pokok hutan yang tumbuh tinggi, boleh mencapai kira-kira 30 meter.Rasa madu tualang manis dan sedikit masam, dan apabila anda menelannya,akan rasa sedikit perit di tekak. Inilah antara tanda-tanda madu lebah asli.Warna madu Tualang ialah coklat kehitaman, dan warna ini akan semakin gelap semakin lama anda menyimpannya. Bagai...manapun, khasiatnya tidak berubah dan tiada tarikh luput. Warna coklat kehitaman ini adalah sekata, tanpa ada bahagianyang berwarna cerah dan hitam, kerana warna ini ialah warna asal madu Tualang,bukan warna daripada hasil campuran manusia.Madu Tualang yang segar mempunyai buih-buih di permukaan atas kerana memang sifat madu apabila dituang, akan terhasil buih-buih. Buih-buih ini akan naik ke permukaan dan diam di situ untuk masa yang lama.Madu Tualang ialah madu yang tertinggi khasiatnya dan paling sesuai untuk semua lapisan umur




Ini adalah hasil kajian dari Lab seorg pelajar Universiti tempatan yg saya dapat info dr pembekal
Di bawah ini ialah perbandingan kandungan bahan madu lebah Tualang  ini berbanding madu lain.  Madu Tualang yg saya ambil ini ialah item kelima dari atas, (Sumber dari Pahang).(Lihat tulisan warna biru)  InsyaAllah pada lain masa, saya akan bincangkan nilai-nilai nombor yang anda lihat di bawah.  Apapun, madu lebah Tualang yg saya jual ini telah disahkan asli.  Alhamdulillah, kebenaran telah dibuktikan.
Perbandingan kandungan madu lebah dari pelbagai sumber.  Madu Lebah Tualang ini  ialah item kelima (tulisan warna biru)

Sebagai rujukan, di bawah ini pula ialah nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz & Grosch
(Belitz, H.D. and Grosch, W. 1999. Honey and artificial honey. Food Chemistry, 2 : 821- 828.)
Perlu dimaklum, kajian Belitz & Grosch ini tidak berdasarkan madu Tualang dari Malaysia, jadi hasil ujian madu dari Malaysia mungkin tidak menepati hasil kajiannya, tetapi, nilai-nilainya masih boleh dijadikan rujukan.  Apa yang penting ialah bagaimana madu lebah Tualang yg saya ambil ini berada dalam 'range' jika dibandingkan dengan madu Tualang lain dari Malaysia dan sekitar Asia Tenggara.

Nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz dan Grosch, 1999

Akhirkata, sekalipun Madu Lebah Asli Tualang ini telah disahkan asli daripada kajian...  Harga Madu Lebah Tualang  ini hya RM 75 sebotol besar, kira-kira 1 kg.  Saya bukan seperti sesetengah peniaga yang cepat-cepat naik harga bila boleh berbuat demikian.  Kena ada integriti, kata orang..hihihi..!!
Jika sesiapa yg berminat sila hubungi saya...012-3411 548

Madu yg saya jual ini tidak di hantar melalui khimat Pos/Courier Service ..sy hya membuat penghantaran sendiri di sekitar Lembah Klang ( delivery chg $$ berpandukan perjalanan ) ...Madu yg saya jual di packing mengunakan botol kaca...Harap Maklum..!!

SESUNGGUHNYA MADU ITU IBU SEGALA MAKANAN, IBU SEGALA MINUMAN,IBU SEGALA PENAWAR.

Bagi seseorang yang sudah mengamalkan madu, insyaAllah apabila dia sakit dan terus mengamalkan madu dengan lebih kerap (kerana sakitnya itu), maka keberhasilan madu sebagai ubat/penawar akan lebih cepat. InsyaAllah..Amin..!

Tuesday, June 12, 2012

Big Burger My Prosperity Station Pasar Malam Putrajaya

Salam..
Sepetang kelmarin..tuan umh sekeluarga dok merayap2 kat pasar malam Putrajaya....
Entah mcmana dalam byk2 menu...teringgin plk nk mencuba burger yg nmpk special di sini...al maklumlah nk ke Burger Bakar Kaw2 tu x taw entah bila...???

Kalau nak tau kedudukan stall burger ni betul2 di tgh2 pasarmlm... nama stall ni "My Prosperity Station"
Daging burger ni myb resepi owner gerai ni..nmpk tu tertera Bumiputera Product...siap ade no tel utk tempahan...


Klu korg x percaya...tu diaaa daging burger yg di masak ats kuali...ketebalan nyee mmg besar dr biasa...


 Aku tgk akk ni mmg x menang tgn....sibuk dgn tempahan....mane x nyee...pelanggan nye berbaris pjg..yg bikin nye dia sorg...tp dlm masa tu x der lama sgt pn dia menyiapkan 1 tempahan...adelah dlm 2 minit..
Nak membelinya pn siap berbaris panjang...mcm nk masuk kelas masa sek dlu2....hihihi!!
Burger ni pya pasai I merelakan diri berbaris tau....!!!
Klu nak tw jenis burger n harga...bleh refer sini...
Tp tuan umah ambik Patty burger dgn harga RM5.50

Friday, June 08, 2012

Natural Bamboo Slimming Suit

Salam Kembali...
Hari ni tuan umah nak syer dgn rakan2 ttg 1 product
dalam utk kaum wanita yg HOT SALE di pasaran skrg ni ... !
Tak rugi rasanye memiliki nyee.....
Bagi pengalaman tuan umah cara penggunaanye amat mudah dan selesa utk di pakai tanpa menganggu pergerakan serta mempunyai kelebihan yg lain dari biasa iaitu jika mahu menbuang air kecil/besar tidak perlu membuka keseluruhan suit tersebut dan dlm masa yg sama dpt mencantikan shape body kita....mudah kan...end enjoy sgt2x..!!
Mari lah cuba...!!!
Fungsi2 nya spt ini...
1-Bamboo dalam bentuk 'textile' mempunyai daya penyerap peluh yang hebat dua kali ganda lebih baik dari kain kapas (cotton).
2- Menjadikan payudara yg sempurna dan menarik.
3-Mengencangkan perut – perut rata, pengetatan pinggang, pinggang ramping.
4-Menjadikan punggung dlm bentuk yg lebih fleksibel.
5-Membentukkan peha yg lebih ideal.



4-Terdapat dalam 2 saiz...S-M and L-XL sahaja.SAIZ :(S-M)Pinggul: 84-94cmPinggang: 62-72cm ( 25 - 29 inci)Berat: 45-60kg(L,XL)Pinggul: 98-105cmPinggang: 76-81cm ( 30-36 inci)Berat: 65-80kgCARA PEMAKAIAN * MULAKAN DARIPADA BAWAH SARUNG KE BADAN.* PAKAI SELAMA 8 JAM SETIAP HARI UTK MENDAPATKAN KESAN YG CEPAT.NATURAL BAMBOO CHARCOAL ini bertindak membentuk dan mengangkat punggung serta mengempiskan perut dan membuat pinggul dan paha langsing.Dengan mengecilkan pinggang anda hampir 3 inci serta-merta,
CARA CUCIAN ♥
Cucian tangan dengan sedikit sabun tanpa bahan pemutih atau mesin
Perah dengan lembut selepas di cuci dan biarkan kering di tempat sejuk/redup..senang aje kan...???
 NATURAL BAMBOO CHARCOAL ini menampakkan tubuh badan anda kelihatan lebih langsing. Ia juga akan membantu untuk memperbaiki postur anda dengan segera. Anda akan melihat perbezaannya segera!NATURAL BAMBOO CHARCOAL tidak mempunyai apa-apa strap, zip, atau kancing memberikan siluet yang benar-benar licin.Ia juga mempunyai pembukaan di bawah(berlubang di bawah) untuk memudahkan proses pembuangan ketika dalam tandas.Gunakan NATURAL BAMBOO CHARCOAL setiap hari sebelum anda memakai jeans, pakaian pejabat, pakaian koktel, pakaian pengantin atau apa saja pakaian. Anda akan kelihatan hebat!!!!Gentian buluh adalah salah satu daripada bahan-bahan terbaru untuk pakaian dalam wanita. Ia lembut dan licin dan mempunyai banyak manfaat.hanya RM40.00
Utk penghantaran by Kangroo/Pos Laju  - Semenanjung Msia RM6 n Sab/Swk -RM8


CEPAT..CEPAT MILIKI SEKARANG....!!!

Jika berminat sila hubungi saya Ina - 012-3411 548

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...