Tuesday, July 03, 2012

Madu Asli Tualang

 Salam Kembali...
Rasanye lama sudah tuan umah x on9 kat blog ni....
Sorrylah sejak ber bisness2 ni tersibuk lah pulakkk....!!

Kali ni ade lg 1 product yg tuan umah nk syer pd semua...
Iaitu Madu Asli Tualang...

Madu ni pd asalnye hya utk mkn kami sekeluarga aje...tp lama kelamaan dgn keberkesana madu asli yg kami amalkan sekeluarga mendtgkan impak yg baik plk...akhirnyaa dgn usaha ini ,sy mahu berkongsi dgn rakan2 yg berminat @ pengamal mkn madu ttg kelebihan pemakanan madu asli ini...

Madu ini juga dapat bertindak seperti vaksinasi (vaccination) kepada badan manusia..ianya amat elok jika di amalkan sebagai mknan tambahan ( supliment ) antibodi dlm bdn kita , ianya amat baik bagi yg dewasa @ kanak2..maknanye semua peringkat boleh amalkan mkn madu cuma sukatan sudu ( plastik ) perlu mengikut usia...

Daripada Surah an-Nahl, Ayat 68-69, maksudnya Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir ."

Madu Tualang ialah madu hutan yang diambil daripada pokok Tualang,sejenis pokok hutan yang tumbuh tinggi, boleh mencapai kira-kira 30 meter.Rasa madu tualang manis dan sedikit masam, dan apabila anda menelannya,akan rasa sedikit perit di tekak. Inilah antara tanda-tanda madu lebah asli.Warna madu Tualang ialah coklat kehitaman, dan warna ini akan semakin gelap semakin lama anda menyimpannya. Bagai...manapun, khasiatnya tidak berubah dan tiada tarikh luput. Warna coklat kehitaman ini adalah sekata, tanpa ada bahagianyang berwarna cerah dan hitam, kerana warna ini ialah warna asal madu Tualang,bukan warna daripada hasil campuran manusia.Madu Tualang yang segar mempunyai buih-buih di permukaan atas kerana memang sifat madu apabila dituang, akan terhasil buih-buih. Buih-buih ini akan naik ke permukaan dan diam di situ untuk masa yang lama.Madu Tualang ialah madu yang tertinggi khasiatnya dan paling sesuai untuk semua lapisan umur




Ini adalah hasil kajian dari Lab seorg pelajar Universiti tempatan yg saya dapat info dr pembekal
Di bawah ini ialah perbandingan kandungan bahan madu lebah Tualang  ini berbanding madu lain.  Madu Tualang yg saya ambil ini ialah item kelima dari atas, (Sumber dari Pahang).(Lihat tulisan warna biru)  InsyaAllah pada lain masa, saya akan bincangkan nilai-nilai nombor yang anda lihat di bawah.  Apapun, madu lebah Tualang yg saya jual ini telah disahkan asli.  Alhamdulillah, kebenaran telah dibuktikan.
Perbandingan kandungan madu lebah dari pelbagai sumber.  Madu Lebah Tualang ini  ialah item kelima (tulisan warna biru)

Sebagai rujukan, di bawah ini pula ialah nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz & Grosch
(Belitz, H.D. and Grosch, W. 1999. Honey and artificial honey. Food Chemistry, 2 : 821- 828.)
Perlu dimaklum, kajian Belitz & Grosch ini tidak berdasarkan madu Tualang dari Malaysia, jadi hasil ujian madu dari Malaysia mungkin tidak menepati hasil kajiannya, tetapi, nilai-nilainya masih boleh dijadikan rujukan.  Apa yang penting ialah bagaimana madu lebah Tualang yg saya ambil ini berada dalam 'range' jika dibandingkan dengan madu Tualang lain dari Malaysia dan sekitar Asia Tenggara.

Nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz dan Grosch, 1999

Akhirkata, sekalipun Madu Lebah Asli Tualang ini telah disahkan asli daripada kajian...  Harga Madu Lebah Tualang  ini hya RM 75 sebotol besar, kira-kira 1 kg.  Saya bukan seperti sesetengah peniaga yang cepat-cepat naik harga bila boleh berbuat demikian.  Kena ada integriti, kata orang..hihihi..!!
Jika sesiapa yg berminat sila hubungi saya...012-3411 548

Madu yg saya jual ini tidak di hantar melalui khimat Pos/Courier Service ..sy hya membuat penghantaran sendiri di sekitar Lembah Klang ( delivery chg $$ berpandukan perjalanan ) ...Madu yg saya jual di packing mengunakan botol kaca...Harap Maklum..!!

SESUNGGUHNYA MADU ITU IBU SEGALA MAKANAN, IBU SEGALA MINUMAN,IBU SEGALA PENAWAR.

Bagi seseorang yang sudah mengamalkan madu, insyaAllah apabila dia sakit dan terus mengamalkan madu dengan lebih kerap (kerana sakitnya itu), maka keberhasilan madu sebagai ubat/penawar akan lebih cepat. InsyaAllah..Amin..!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...