Thursday, April 04, 2013

Aku Guru Tadika

 Asslm...
Kembali lg dgn cerita yg x seberapa ni...
Tak der apa yg menarik yg hendak di kongsikan...cuma sekadar menyimpan memori indah dlm diari hidupku sebagai kenangan..!.

Kini aku bergelar Guru Tadika....hehehee..bidang baru yg yg amat2 baru  diceburi...tp semmgnye amat2 menarik dan menyeronokkan....dlm masa yg sama dpt jgk meraih pengalaman dlm hidup ttg kanak2 dan ganjaran ibadah bekalan akhirat...Amin!!

Ku pinjam kata2 dari blog sorg rakan yg juga seorg Guru Tadika Catatan Rasa Cik Dila

Situasi A

Sepanjang saya bekerja di sini belum terlintas lagi di fikiran ni untuk apply kerja lain. Kenapa mesti timbul persoalan "sementara"??? Jawapannya TIDAK! Apa yang saya buat sekarang ni adalah kerana minat. Yer!saya sangat suka dengan budak-budak.  Kadang-kadang saya terfikir. Hina sangat ke jadi guru tadika ni......(SEDIH ) huhuhuk..!!
 
Situasi B

Bukan duit yang saya kejarkan. Bukan gaji tinggi yang saya gilakan. Kalau fikir duit@gaji memang dari awal-awal lagi saya tolak jauh-jauh karier seorang guru tadika ini. Tapi...kerana di tadika inilah bermulanya perubahan saya. Kerana adanya anak-anak kecil inilah yang membuatkan diri ini lebih dekat dengan Allah. Mana mungkin saya tinggalkan tempat yang sangat-sangat berkat ini. Bohong jika saya kata saya tidak jeles melihat rakan-rakan sebaya yang lain kerja di company-company besar yang gajinya sudah terang-terang beriban-riban. Tapi saya yakin, ganjaran dari Allah itu lebih besar dan bermakna. Inilah saham akhirat saya..I'Allah...(HAPPY)
 
Situasi C

Huhuuu...Setiap kali ayat ini kedengaran di telinga, saya hanya mampu ketawa kecil. Dalam hati memujuk diri (sabar2....kita kan kerja di jalan Allah..Ape yg x berbaloi pulokk!(Senyummmmmmm)). Entahla ekk.. Sepanjang saya ajar anak-anak kecil ni tak pernah sedetik pun berasa rugi. Malah saya berasa pahala saya sentiasa berjalan. Setiap hari saya ajar anak-anak kecil ini akan ilmu Allah. Dari yang tak kenal alif, ba, ta..sekarang dah pandai baca buku "qiraati". Daripada yang tak kenal ABC, sekarang sudah lancar membaca. Malah baru-baru ini sempena hari guru saya dapat banyak kad hasil buatan mereka sendiri dan di dalam kad itu tertulis "i love you teacher ". Ohh!!touching!! Walaupun agak comot dan tulisannya ada yang turun bukit naik bukit tapi saya bangga! Berbaloi juga hasil didikan saya. (ALHAMDULILLAH)
 




Di sini  bermula rutin harian ku setiap pagi sehingga tengahari....Alhamdullilah aku happy dgn apa yg di amanatkan..akn aku lalui dgn ikhlas hati..semoga berkat jalan hidup yg ku pilih ini...Amin!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...