Monday, February 28, 2011

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikulnya

NurHannah Bte Mohamed Helmi  berusia 3 bln

Assalam semua rakan2 yg di kasihi...
Tersentuh sungguh rasanya hati ini membaca email yg di terima dr  wall FB hari ni....
harap2 dgn tersebarnya email  ini  dpt mmbantu insan tersayang ini kembali pulih...
bukan wang ringgit RM yg di minta hya doa yg ikhlas  moga dpt membantu anak ini  sihat serta normal kembali....

Lihatlah pic ini...bayangakan ank itu ank anda....apa kah perasaan anda..?????


Bacalah email yg di kirimkan dr Ibu tersebut.


KAWAN2, SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Asparagus Goreng Sotong


 Salam sejahtera semua....
Hari ni tuan umah mengantikan pose yg tertuggak ..insyakallah klu smpai ke ptg ni 7pm ...habis lah semua hutang piutang pose ku..Insyakallah.Amin.!!

Tp insyakallah pose sunat akn di teruskan jgk...
Hari ni menu utk hidangan pose sudah di masak awal2 lg..malas btl nk ke dapur ptg kang...nak relex aje...!!

Memandangkan sayur sudah di masak utk my gurlz mkn nnt..ni N3 masakan simple aje ni ,utk tatapan semua...Asparagus goreng sotong

Bahan2 :
  • Sepeket asparagus...di potong2 n di bersih2kan
  • seekor sotong -                        "
  • 2 bj bwg merah - di hiris
  • 3 uls bwg putih -     "
  • 1 inc halia        -     "
  • 2 sk jus limau
  • 1/2 tomato - di belah 3
  • Garam n gula
Caranya :
  1. Tumis bwg merah,putih,halia sehingga naik bau
  2. Masukkan sotong n jus limau..kacau
  3. Masukan asparagus , tomato serta garam n gula secukup rasa....siap utk di hidangkan...

Simple aje kann..??

Friday, February 25, 2011

Kuih Bakar Gula Merah


 Selamat Pagi semua......
Dah bangun ke...??? apa nk mkn bekpes pagi ni,??? apa kata makan kuih bakar mcm yg tuan umah buat ni.....
Hari ni tuan umah mengulang tayang lg kuih bakar lg...jgn jemuuuu erkk......!!
Kali ni kuih bakar yg di  modife lg...kira lain dr yg sebelum2 ni.....
Klu selalu asyik kuih bakar pandan je...kali ni kita cuba rasa yg lain plak....tp katogeri derhaka laaa...jgn mareee !!!
 Meh kita tgk resepi mcm mana nk buat ...

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air gula merah
1 cawan santan
2 titis perisa pandan
3 biji telurSebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak
Kuih ni buat petang semalam...balancenya dh boleh jd bekpes utk en hbby pagi ni...alhamdullilah..!!

Thursday, February 24, 2011

Kegunaan Daun Bunga Raya

Sumber pic dr :zainudins.blogspot.com
  Slmt malam sekelian...
Kali ni 1 lg petua yg harus di kongsi kpd semua...
 Bunga raya atau nama saintific nya Hibiscus rosa sinensis adalah sejenis tumbuhan yg mudah hidup di iklim khatulistiwa spt negara kita ini....
Dari sumber org2 tua yg biasa aku amalkan ialah...daun bunga raya boleh meredakan panas badan/demam
pd kanak2.....jika ank2 kita tiba2 demam di waktu mlm...kan ssh nk ke klinik...so sementara nk sampai siang tu jgn panik..jika kat laman umah ada tanam pokok bunga raya bolehlah di petik daun nya ..dan masukkan kedlm bekas serta  letak sedikit air kemudian ramas2 daun tersebut sehingga mengeluarkan lendir....

Sumber pic dr : asopisi.blogspot.com

Daun bunga raya di letak sedikit aje air..kemudia ramas sehingga keluar lendir..

Sumber pic dr : rossysweety.blogspot.com

Kemudian usap2 lendir tersebut ke atas kepala @ umbun2  ank2 yg demam....insyakallah kepanasan akan reda dgn cepat...

Ada jgk sumber mengatakan lendir daun bunga raya bleh merawat batuk yg berkahak dan melebatkan  serta menghitamkan lg rambut ....betul ke..???
Klu nk tw ini sumbernya ..sila baca di bwh  :-
Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut

Buah Anggur Sentiasa Segar

 Salam Sejahtera...
Hahaha..hr ni tetiba lak tuan umah terpikir nk buat 1 ruangan petua di umahnya ..Saja je sebenarnya nk berkongsi ilmu dan pengalaman yg ada utk kebaikan bersama ..ye x..??

Memandangkan aku mmg suka benor mkn buat anggur..boleh dikatakan tiap2 minggu mesti beli buah anggur di Maidin USJ tu...heganya bleh di katakan murah jgk laa..dr tmpt2 lain....wah ni nk promote lg lah ni....apa dapat...adoooo$$$$ gitu...??ohh tidakkkk....... hmmm x der lah sesaja je nk bg tw...mana tw sesapa terbaca blog aku ni ..pas ni nk g Maidin..bleh lah beli...tp yg siap pack lah yee...jgn mare lak....hehehe!!

Tapi kekadang mmg susah nk dpt anggur yg fresh2 ni..almaklumlah buat ni semuanya buah import...msti dh masuk kedai/pasaraya dh seminggu or 2 minggu....dh tu ada yg sebln pn ada...

So usah khuatir...pas ni bleh lah di fresh kan kembali...insyakallah...

Caranya senang aje...just rendamkan buah anggur dgn air garam selama 2 ~ 3 jam or  lg lama lg bagus...
Insyakallah pas tu keranggupan buah anggur tu spt lepas di petik  dari ladang....hehehe!!
Rendamkan buah anggur dgn air garam ....insyakallah fresh gitu..!!

Bagi yg pengemar buah anggur ni dh ttu nk tw apa khasiat dan rahsia di sebaliknya kan..??so sila klik ni ...Nak tahu khasiat Buah Anggur



Wednesday, February 23, 2011

Ikan Goreng Kukus


 Salam ptg rabu....
Hari ni atas pemintaan en .hbby ..nk mkn nasi dgn ikan kembung yg di kukus pas tu goreng garing2....
Dah mengidam lah tu...
x per lah ist3 mithali bleh buatkan ...x ssh pn....
Tapi klu nk mkn ikan goreng kukus ni mesti pekena gan sambal plak....haa..hr ni  kita pekena gan sambal hitam pahang....baru kaww....dan wajib ada lg ulam2an..fuhh ni nmpk gaya nasi kena masak seperiuk penuh...klu x nnt x ckup syarat..hahahah!!

Cara nk buat ikan kukus goreng ni simple aje :

Bahan2 :
  • Ikan kembung - di cuci bersih dgn air limau/asam jawa /cuka pn bleh
  • Garam kasar @ halus
  • Asam keping - 2 ~ 3 keping dh ckup
Caranya :
  1. Ikan di lumur dgn air limau/asam jawa/cuka sebentar..kemudian bilas sikit2 aje..
  2. Lumurkan dgn garam n asam keping..
  3. Kukus dlm 7 minit ..api kecil
  4. Bila ikan yg dikukus dh sejuk..goreng aje smpai garing...Siap..!!
Jgn jeles..hr ni selera kampung lak....
haa sapa nk tw resepi sambal hitam ni sila klick ni Sambal Hitam Pahang

Tuesday, February 22, 2011

Mee Siput Goreng


 Slmt Petang Selasa..
Dlu masa kecik2 mak selalu buat mee siput kat kitaorg adik berdik utk mkn bekpes....mak buat mee siput goreng kicap je..sedap nya x terkata...skrg ni nk mkn buat sendiri lah utk ank2 n suami....
Harap2 sedap x terkata lah yee...hehehhe!!
Sapa x tw ni dia Mee Siput..( packaging nya..)


Ni dia Mee Siput...tp klu nk masak rendam dlu dgn air panas spy sng lembut


Bahan2 nya
  • Mee Siput 
  • 1/2 biji bwg merah besar - di kisar
  • 4 ulas bwg putih - di kisar
  • 2 inc halia - di kisar
  • 7 tangkai cili kering - di kisar
  • sedikit lada hitam - di kisar
  • 4 sb kicap + air
  • Sawi
  • Kobis
  • Fish ball - di belah 2
  • udang kecil segar
Utk Hiasan : telur dadar di hiris halus n cili merah

Caranya :
  1. Tumis bahan kisar sehingga garing...masukkan kicap+ air...kacau sebati
  2. masukkan udang,fish ball n sayur...kacau seketika..
  3. Masukan mee siput dan gaul sebati dgn tumisan...
  4. Hidangkan dlm bekas dan taburkan bahan hiasan
Selamat menjamu selera se ptg ni yee....hihihi!!

Puding Bandung Berjagung

 Salam Selasa kembali....
Juadah ptg ni sbagai dessert selepas mkn  ialah Puding Bandung Berjagung yg simple giler ni...
Klu sapa2 nk cuba insyakallah mesti menjadi...tp sebelum tu di awali Bismillah dlu yee....

OK lah meh kita tgk resepinyaa...

Bahan utama yg  pasti ada...

Bahan2 nya :
Sepeket Agar2
1 tin Sweet Corn
1 tin susu cair
2 sb sirap
1900ml air
100ml gula


Caranya :
  1. Jerang air dan masukkan agar2 sehingga agar2 cair sebati
  2. Apabila agar dh cair masukan susu cair n sirap..akn kelihatan jd bandung
  3. Masukkan gula...
  4. Masukan sweet corn ke dlm nya..
  5. Tuangkan agar2 kedlm bekas ..dh sejuk masukkan dlm petiais ....
 
Sedap banggat ni..rasanya lemak2 manis puding Bandung Berjagung...slmt mencuba!! 

Friday, February 18, 2011

Tauhu Sumbat Bersalut Tepung


salam ...
Kali ni men modife tauhu sumbat..dgn sedikit citarasa baru...
entah cmna idea ni terkuar....mgkin dh x tw apa kemenda nk di kerja kan gan tauhu ni...klu N3 asyik Tauhu sumbat biasa aje..apa kata kli ni kita ubah sikit biar lg sedap....

Bahan 2 :
  • Tauhu - di bersihkan
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1 sk serbuk kari
  • 1 bj telur
  • 2 btg daun sup - di hiris
  •  sedikit bwg goreng
  • sedikit garam n lada sulah
Caranya :
  1. sediskan 2 bekas berasingan ...
  2. bekas 1 ,tepung + serbuk kari ~ satukan 
  3.  bekas 2 ,telur di kacau dadar + daun sup + bwg goreng+garam n lada sulah
  4. Celupkan Tauhu kedlm bekas 2 dan kemudian celup ke bekas 1 ( terpulang mana 1 dlu ,klu nk satukan bahan 1 n 2 pn bleh ajee... )
  5. Goreng sehingga masak..( lihat pic di ats )
  6. Sejukkan tauhu tersebut....lepas tu blehlah di belah dua dan di sumbat dgn sayuran..cara hidangan letak aje sos cili pn dh cukup mcm pic di bwh ni....simple kan..??

Mmg sedap plk kali ni...tauhunya jd lembut..dan ada rasa spice ckit...mmg lazat..!!


Cucur Udang lagiii..!!

 Salam semua..
Petang yg redup ni ..sedap sgguh mkn cekodok cmni..teringgat zmn kecik2 dlu....makan cekodok ni
berebut gan adik2...nk ikutkan mak buat cekodok kosong aje dlu..pn sodappp....
Skrg buat sendirilah nk mkn...nk gaduh2 pn dgn sapa lg dgn ank2 je lah....itu pn bdk2 skrg bkn nya kemaruk sggt mkanan cmni....makan 3 or 4 ketul dh x mau.....hmm mama n ayah lah kena perabihhh..tu pasai mama n ayh nya gebussss sggt..!
 OK lah x yah nk meleret2 sggt...ikutkan cucur ni dh byk kali dh buat nya...cuma lain2 aje...
kali ni madife sikit aje....cucur udang

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu soda bikarbonat
1/2 bj bawang besar holand~ didadukan
daun sup n daun bawang/kucai - di hiris
cili merah - di hiris
Taugeh
-sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
Udang segar yg kecil - di goreng seketika biar masak
Caranya :
1-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
2-Panaskan minyak dlm kuali
3-Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan
Nikmatilah di ptg yg redup ni , cucur udang cicah sos cili....dgn kopi panas...perrrr sedappp..!!

 

Thursday, February 17, 2011

Kuih Koci Inti Kelapa Misan Tebu


Sorrylah tuan umah mmg x pandai nk bungkus cantik2...asal berbaju kuih koci ni udahlahhh..seksi gituu..hehee!!

 Salam kembali....
Hujan lebat lak ptg ni...fuhh klu pekena kuih2 kukus cmni mmg besttt gituu.....
Kuih koci ni..,dlu2 org kata hya nenek x der gigi aje yg suka mkn..tp skrg..x pyah hilang gigi...semua suka makn....sbb dgn manis inti kelapanya..dgn liat2 manja nye..buat teruja nk mkn yee.x..?? hehehe!!

Kali ni mencuba buat inti kelapa misan tebu....
ada yg x pernah rasa cmna rasa misan tebu yee x..??rasanya x terlalu manis mcm gula merah...cuma manisnya soft sikitlah..eee,entahlah x reti nk citer ....
Sebenarnya misan ni aku perolehi dr umah ayah ku di PJ...lebihan air tebu yg byk kat umah ayah di buat misan...sesekali blk aku pn tapow lah sebekas....kira bleh jimat gula kat umah klu nk buat manisan....

So ini lah misan nye...berbentuk cecair...
Cara nk buat inti kelapa misan tebu ni..kelapa + misan  masak di kuali sehingga agak2 kering...itu je ,senang kan..x perlu guna gula lg sbb dh cukup manis??

Utk bancuhan doh Koci nye :
  • Tepung pulut
  • 1 sk garam
  • sedikit air
Caranya :

1. Hanya masukan kesemua bahan dlm bekas dan uli shingga x melekat di tgn 
2.Utk menghasilkan kuih koci ni,  doh di bulat2kan dn di isi inti kelapa kedlm nya
3.digolek2 dgn sedikit minyak spy nnt bila msk x melekat pd daun kelapa
4. Bungkus doh tersebut dgn daun kelapa
5. Kukus dlm 1/2 jam

Klu nk belajar lebih detail blh tgk blog K.Yatie...siap step by step lg..
Sorry tuan umah x sempat nk snap td....

@@ K.Yatie sorry ..mintak izin follow step akk yee..

Ni hasil setelah siap...sedap sgguh x terkata...jgn jeles nenek x bercucu nk mkn..hehehe!!

Kuew Teow Sup Ayam

 Salam petang khamis....
Hr ni Kuew teow sup aje...ddh pening rasanya, x tw nk masak apa....
tghari td baru dpt idea....buat sup ayam dan mkn dgn kuew teow aje lahh...simple kan...??
Tapi kali ni kira ada modife sikitlah dr resepi terdahulu....nk tw yg dulu pya klick ni Kuew Teow Sup Ala CMG
 Bahan2 :

800 g ayam, potong sederhana besar
2 keping nenas-di potong dadu
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam "Maggi"
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, dikerat 4
2 camca besar bawang goreng
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
1 1/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
3 hirisan nipis kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sawi bok choy - di celur
Taugeh, dibuang ekor
Sambal kicap
Tauhu, digoreng dan hiris (optional) - guna tauhu kembung

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan lengkuas titik hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, masukkan kuib ayam, nenas,daun sup dan bawang goreng. Kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan biar merenih sehingga kentang empuk n letak carrot
ikutkan resepi mmg x lari dr resepi CMG dlu...tp di ulang kembali sbb best..!!!!

Wednesday, February 16, 2011

Nasi Goreng Kerabu

 Salam petang Rabu...
Hr ni ter awal lak N3 yee...sbb segala keja sudah di beressssszz kan....my boyz pn dh tido...
so ini lah masa nyaaa......
Hr ni mmg masak main2 aje..segala nya di campak2 aje...senang sekali mkn semua ada..siap sayur2an dn lauknya sekali 2@3 in 1.....

Resepinya semple aje...

Bahan :
  • Nasi...
  • 3 bj bwg merah - di hiris n di tumbuk..
  • 4 bj cili api - di hiris
  • 1 tgkai serai - di hiris
  • 1/2 bunga kantan - di hiris
  • Kobis - di hiris
  • Lobak merah - di ptg pjg2
  • Ikan masin ( lihat pic di bwh ) - di goreng seketika n di siat2
  • sekeping nenas - di potong dadu

Ikan Masin ( sorry x tw apa nama ikan masin ni )
 Caranya :


  1. Tumis bwg,cili api,serai n bunga kantan sampai naik bau..n masukkan ikan masin..
  2. Masukan nenas,kobis n lobak merah....kacau rata..
  3. Masukan nasi..gaul kan kesemua sehingga sekata...n siap..!!
extra add..mkn dgn ulam2 n tempe goreng rempah.....mmg menyelerakan..!!

Tuesday, February 15, 2011

Home Made Aiskrim - Ala Cornetto Coklat

Salam hr selasa....
Hari ni baru dpt merasai kenikmatan aiskem buatan tgn sendiri...hmmmmm mmg sedap....
mmg betul apa yg di kabar2kan oleh rakan Kongsi Resepi dlm FB..katanya mmg sedap aiskrem ni sebijik rasa cm yg di beli kat pasaraya jee...!!
 Nmpk gayanya dh ramai yg tw mmbuat aiskerim ni...almt ada lak kilang aiskrem yg tutup nnt....walahhhh2x weiiiii.....hehehe!!!!!

Meh kita blajar cara nk buat yeee.....senang baituuu....!

Bahan2 :
1 tin susu pekat(kalau x nk manis leh kurangkn sukatan)
1 tin air masak
1 biji telur
1 sudu mkn ovelatte
4 sudu serbuk koko/milo


klu sapa yg x tw apa tu ovalett...ni dia menda nyaa...!!

Caranya senang ajeee...blander aje kesemua bahan smpai naik gebuu...
P/S : klu nk betul2 gebu blander lama sikit tw..insyakallah hasil memuaskan.!!

Tuangkan ke dlm bekas ...dan taburkan coklat tabur n kacang tumbuk....


 
 Masukkan dlm petisejuk di bahagian beku...selama 6 ke 7 jam @ sehingga beku.....

Dah beku pn...so ni hasil nyaaaa...!!

Musim2 panas skrg ni mmg sedap menikmati keenakkan aiskrem ni....nyam3x..mmmm!!

Monday, February 14, 2011

Paff Pastry Tuna Pedas

 Salam kembali....
Tadi sempat gak melayan TV tgk wedding of the year ank Cheff Wan...kat ch AFC..
Wah..aku selule lah..kat Cheff Wan yg mmg gempak gila....dia pya preparation mmg grand habiss.....tapi akhirnya..hasil amat memuaskan...ye lah dari hati yg tulus ikhlas buat anknda yg tersyg ye x...?? esok2 kita pn cmtu gak nk buat yg terbaik utk ank2 .... tp cmna agaknya yee....?? x dpt nk bayangkan lg..insyakallah klu ada umur yg pjg adalah aku di masa itu....
Hr ni aku men dessert hanya puff pastry Tuna pedas aje....keja sonang..mls nk pikir apa inti nk wat....
klu paff pastry nya cm biasalah guna brand Kawan yg pernah di buat dlu...klu nk tw tgk menu paff pastry sebelumnya yee..klick sini Puff Pastry

Bahan2 inti :
  • 1 tin Tuna Pedas Ayam brand - nk guna brand apa2 pn ok ...no hal laaa..
  • 1/2 bj bwg holand - di potong dadu
  • 2 sb mayonis
  • 1 sk lada sula
  • sedikit jus lemon/limau kasturi
Caranya :
  1. satukan  kesemua bahan di atas..dn gaulkan sebati
  2. Masukan inti ke dlm paff pastry Kawan...dan klim bah tepi  guna garfu..
  3. Bakar selama 1/2 jam dlm suhu 200'c..

Hmm dh siap pn desset yg simple ni utk mkn ptg @ nk buat bfast esok pn bleh ajee...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...